top of page

I'm a title. Click here to edit me

Destinasi Halal Muslim Beijing 5H4M - Malaysia Airlines

Hari Pertama 

Berlepas dari KL pada jam 18:25 dengan penerbangan MH360 oleh Malaysia Airlines.

 

 

Hari Kedua Beijing (B/L/D) KL / Beijing

Tiba di Beijing pada jam 00:20. Setelah ketibaan anda disambut oleh pemandu pelancong kami, anda akan dibawa ke hotel untuk berehat dimana akan menjadi tempat penginapan anda sepanjang program berlangsung dengan menaiki van/bas persendiran.

Program anda akan bermula dengan dibawa ke Tian An Men Square – dataran terbesar di dunia, bersempadan dengan The Great Hall of the People dan Chairman Mao’s Mausoleum. Seterusnya, anda akan dibawa ke Forbidden City. Terletak di utara dataran Tian An Men, ia adalah sebuah kompleks istana diraja dimana ia dijadikan tempat bersemadi bagi Maharaja selama lebih dari 500 tahun. Singgah di Silk Store, di mana anda akan melihat produk sutera yang berkualiti tinggi. Selepas makan tengahari di restoran halal, anda akan debawa menuju ke Masjid Niujie yang paling terkenal untuk solat Zohor, diikuti dengan Muslim Super Market yang terletak berdekatan dengan masjid - satu-satunya pasaraya umat Islam tempatan di Beijing. Kemudian, nikmati Pertunjukan Akrobatik pada waktu malam.

 

 

Hari Ketiga Beijing (B/L/D)

Dalam perjalanan ke Tembok Besar China, anda akan dibawa singgah ke Muzium Jade terlebih dahulu; tempat yang dapat membantu pemahaman anda berkenaan dengan budaya Cina. Seterusnya, makan tengah hari akan dihidangkan di restoran Muslim tempatan yang berhampiran. Selepas meluangkan masa membeli-belah di kedai kristal dan Pusat Burning Cream, anda akan kembali ke pusat bandar untuk menikmati makan malam. Masa malam anda akan dikhaskan untuk Wang Fu Jing Shopping Street dan Its Night Food Market dimana banyak makanan ringan yang Halal dijual di situ. Kemudian, anda akan kembali ke hotel untuk berehat.

 

 

Hari Keempat Beijing – KL (B/L/D)

Setelah sarapan di hotel, Anda akan menghabiskan masa pagi anda di Fresh Water Pearl Center untuk melihat mutiara yang terbaik dan kemudian anda akan berhenti untuk mengambil gambar di Stadium Sarang Burung yang berprestij dan Water Cube. Seterusnya, anda akan dibawa membeli-belah berdekatan dengan Olympic Sponsor Jewelry City. Kemudian setalah anda menikmati hidangan tengahari anda, anda akan dibawa menunaikan solat di Masjid Nan Dou Ya. Seterusnya, perjalanan anda akan diteruskan ke Pusat Urutan Kaki Professional dimana terdapat urutan kaki yang ditawarkan secara percuma di Herbal Medicine Center. Baki masa anda akan dihabiskan dengan membeli belah di bazar seperti Hong Qiao Market dan Ya Xiu Market di mana skil tawar menawar anda akan diuji di sini. Setelah penat membeli belah, anda akan dibawa menikmati hidangan malam anda yang terakhir. Kemudian, pemandu pelancong kami akan membawa anda ke Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing.

 

 

Hari Kelima Beijing – KL

Penerbangan pulang ke Malaysia pada jam 01:30 (pagi).

 

*Aturcara perjalanan anda mungkin akan berubah tertakluk kepada pemandu pelancong untuk memberi kadar keselesaan yang maksimum kepada peserta program tetapi tempat yang akan dilawati tidak akan berubah.

 

 

Nota:

1. Kanak-kanak 11 tahun dan ke bawah dengan katil extra: 100% & tanpa katil extra: 75%

2. Program di atas adalah tidak sah digunakan untuk kumpulan staf syarikat penerbangan, pelajar dan bukan Muslim.

 

 

Program ini termasuk:
  • Penginapan hotel bertaraf 4 bintang, Long Ding Hua Hotel (www.longdinghuahotel.com) atau hotel lain yang setaraf.

  • Makan dan minum seperti yang tertera dalam jadual perjalanan.

  • Kemudahan pengangkutan sepanjang percutian.

  • Pemandu pelancong berpengalaman. Pilihan bahasa Melayu, Indonesia.

  • Satu botol minuman setiap hari untuk setiap peserta.

 

 

Program ini tidak termasuk:
  • Tiket penerbangan.

  • Visa (pilihan sama ada anda uruskan sendiri atau kami uruskan untuk anda)

  • Tiket masuk ke tempat lawatan dan persembahan.

  • Upah pemandu pelancong dan pemandu kenderaan.

  • Kos sara diri seperti perbelanjaan, minuman, cenderahati, panggilan antarabangsa, dobi dan sebagainya.

  • Pilihan tempat lawatan lain selain daripada dalam jadual perjalanan tertera di atas.

© 2014 Hak Cipta Terpelihara Reveworks

bottom of page