
Kepuasan Infiniti Pada Harga Terendah!

PROGRAM DESTINASI HALAL BEIJING
TENTANG BEIJING
4 MUSIM
Musim Bunga
(April - Mei)
Sepanjang musim bunga ini, suhu di Bejiing meningkat dengan cepat hari ke hari. Ia juga berbeza (sekitar 12C -14C ) di antara siang dan malam. Musim ini berangin tetapi sedikit kering dan kadangkala mengalami ribut pasir. Angin sejuk juga kerap sepanjang bulan musim bunga. Pada awal musim bunga , suhu boleh jatuh tiba-tiba. Ribut pasir kerap melanda Beijing pada musim bunga dan boleh mengganggu perjalanan. Tumbuhan semula jadi Beijing adalah pada tahap terbaik pada bulan musim bunga ini.
Musim Panas
(Jun - Ogos)
Musim panas di Beijing yang panjang dan panas dengan kekerapan hujan . Kecuali kawasan berbukit , suhu purata bulanan adalah di atas 24C ( 75.2F ). Suhu tertinggi dalam rekod adalah 43.5C ( 110.3F ) yang pada bulan Jun, 1961. Musim panas juga merupakan musim hujan. Kira-kira 70 % daripada hujan di bandar ini yang berlaku pada musim panas. Badai hujan lebat adalah biasa sepanjang musim panas, dan boleh berlaku pada petang yang cerah tanpa amaran . Hujan lebat boleh menghalang lalu lintas.
Musim Luruh
(September - Oktober)
Musim luruh mungkin musim yang paling menarik di Beijing, apabila terdapat banyak cahaya matahari dan suhu yang lebih sejuk. Musim luruh adalah musim menuai, apabila buah-buahan dan sayur-sayuran masak. Satu aktiviti yang baik pada bulan-bulan musim luruh adalah memetik buah-buahan segar dan sayur-sayuran di kebun tempatan (tetapi tiada termasuk dalam jadual perjalanan). Ini dianggap sebagai cara yang baik untuk berehat dan mendapatkan udara segar. Musim ini kebiasannya dalam jangka waktu yang tidak lama berbanding musim-musim yang lain. Seperti pada musim bunga, pengunjung perlu membawa pakaian yang ringan seperti baju lengan panjang atau baju -T, satu atau dua jaket atau sweater .
Musim Salji
(November - Mac)
Musim Salji di Beijing adalah musim yang sangat sejuk. Sesuai untuk anda yang ingin merasai sendiri bermain salji dan kebanyakan pengunjung pada msuim ini ialah pengunjung dari negara-negara tropika. Suhu purata bulanan adalah di bawah 0C (32F) dari Disember hingga Februari. Pada bulan Januari, suhu purata bulanan adalah di bawah -4C (28F) di dataran Beijing. Ia jarang hujan di musim sejuk tetapi terdapat banyak cahaya matahari. Bermain ski dan air panas adalah aktiviti-aktiviti yang paling popular di musim sejuk sejuk. Pastikan anda membawa pakaian musim sejuk, termasuk sweater bulu dan kot penuh.
Lorong Sutera & Pasar Mutiara (Silk Street & Pearl Market) di Yonganli dan Masjid Dongsi.
Sekiranya anda tiada masa di Beijing dan ingin membeli-belah dengan mudah dan setempat pergilah ke Silk Street & Pearl Market (Lorong Sutera & Pasar Mutiara). Walaupun namanya Lorong Sutera, namun bukan sutera sahaja yang dijual. Di pusat membeli-belah ini terdapat pakaian, tembikar, pinggan mangkuk, teko, teh, kamera, barang kenang-kenangan dan macam-macam lagi.
Pasaraya ini mempunyai 6 tingkat:
Tingkat bawah tanah: Beg, kasut, barangan kulit, topi, CD, KFC
Tingkat 1: Pakaian, Cafe, Kaunter Penerangan
Tingkat 2: Pakaian, Pakaian Kanak-kanak, Permainan, Pengurup Wang
Tingkat 3: Cenderamata, barangan elektronik, kain sutera, tali leher, skaf, teh, tembikar
Tingkat 4: Cermin mata, jam, seni kerajinan tangan, alat tulis, barangan sukan
Tingkat 5: Barangan kemas, mutiara, farmasi. Anda mungkin terkejut kerana barang-barang yang dijual di sini tiada tanda harga dan harga yang diletakkan adalah tinggi. Setiap kedai meletakkan harga yang berlainan untuk barangan yang sama. Untuk membeli-belah di sini, kita perlu pandai tawar.
Tips Tawar-Menawar
1. Tawarlah 70 peratus
Nasihat saya - tawarlah 70 peratus daripada harga yang diletakkan. Apabila peniaga enggan menerima harga yang kita minta mereka akan minta kita naikkan harganya. Kemudian daripada situ perlahan-lahan kita naikkan sehingga 50 peratus kurang daripada harga yang diberikan kepada kita tadi. Kalau peniaga enggan menerima harga itu, terus beredar saja dari situ. Jangan tunjukkan yang kita berminat dengan barangan yang dijual itu. Kalau peniaga itu rasa rugi dia akan biarkan kita pergi. Tetapi kalau dia dapat sedikit untung dia akan panggil kita semula dan menerima harga yang kita minta.
2. Hati Kena Kering
Kalau peniaga rasa rugi dia akan suruh kita keluar dari kedainya. Tentu kita tak suka apabila peniaga berkata dengan kurang asam kepada kita, “Quickly go! Quickly go!” Ada peniaga yang menghempaskan kalkulator mereka kerana tidak senang dengan harga yang kita minta. Ada peniaga yang marah-marah dengan harga yang kita minta. Jangan pedulikan reaksi mereka. Hati kita kena kering. Kerana hati mereka lebih kering.
Ada peniaga yang tidak suka kita menawar terlalu rendah tetapi mereka jual juga, kemudian dengan muka sedihnya meminta kita beri duit Malaysia sebagai souvenir. Ingatlah ini pun scam. Jadi kalau 10 orang Malaysia bagi dia RM1 setiap hari, dalam sebulan dia boleh dapat RM300 (600 yuan), banyak tu!
3. Guna kalkulator
Jangan risau kalalu tak tahu cakap Cina. Guna saja mesin kira (kalkulator) atau tulis di atas kertas.
4. Cakap Melayu atau Inggeris
Ada juga peniaga di sini yang tahu cakap Melayu. Mereka tahu bilangan 1 hingga 100 dan tahu jenis-jenis warna dalam bahasa Melayu. Ramai juga yang tahu cakap Inggeris. Peniaga biasanya berdiri di pintu kedai dan mengajak kita masuk ke kedainya. Mereka biasanya mudah mengenali kita orang Malaysia lalu bercakap Melayu, "Tengok dulu. Tengok dulu. Murah. Murah!"