
Kepuasan Infiniti Pada Harga Terendah!

PROGRAM DESTINASI HALAL BEIJING
I'm a title. Click here to edit me
Destinasi Halal Muslim Beijing 6H4M - Air Asia
Hari Pertama KL / Beijing
Berlepas dari KL pada jam 18:45 dengan penerbangan D7316 oleh Air Asia.
Hari Kedua Beijing (B/L/D)
Tiba di Beijing pada jam 00:50. Setelah ketibaan anda disambut oleh pemandu pelancong kami, anda akan dibawa ke hotel untuk berehat dimana akan menjadi tempat penginapan anda sepanjang program berlangsung dengan menaiki van/bas persendiran.
Program anda bermula dengan dibawa ke Tian An Men Square – dataran terbesar di dunia, bersempadan dengan The Great Hall of the People dan Chairman Mao’s Mausoleum. Seterusnya, anda akan dibawa ke Forbidden City. Terletak di utara dataran Tian An Men, ia adalah sebuah kompleks istana diraja dimana ia dijadikan tempat bersemadi bagi Maharaja selama lebih dari 500 tahun. Singgah di Silk Store, di mana anda akan melihat produk sutera yang berkualiti tinggi. Selepas makan tengahari di restoran halal, anda akan debawa menuju ke Masjid Niujie yang paling terkenal untuk solat Zohor, diikuti dengan Muslim Super Market yang terletak berdekatan dengan masjid - satu-satunya pasaraya umat Islam tempatan di Beijing. Kemudian, nikmati Pertunjukan Akrobatik pada waktu malam.
Hari Ketiga Beijing (B/L/D)
Dalam perjalanan ke Tembok Besar China, anda akan dibawa singgah ke Muzium Jade terlebih dahulu; tempat yang dapat membantu pemahaman anda berkenaan dengan budaya Cina. Seterusnya, makan tengahari akan dihidangkan di restoran Muslim tempatan yang berhampiran. Selepas meluangkan masa membeli-belah di kedai kristal dan Pusat Burning Cream, anda akan kembali ke pusat bandar untuk menikmati makan malam. Masa malam anda akan dikhaskan untuk Wang Fu Jing Shopping Street dan Its Night Food Market dimana banyak makanan ringan yang Halal dijual di situ. Kemudian, anda akan kembali ke hotel untuk berehat.
Hari Keempat Beijing (B/L/D)
Perjalanan hari keempat anda di Beijing akan diteruskan dengan dibawa melawat ke Summer Palace. Ia merupakan taman empayar terbesar di China. Seterusnya anda akan dibawa ke Fresh Water Pearl Centre dimana hanya mutiara terbaik sahaja yang akan dipamerkan. Perjalanan anda kemudian akan diteruskan ke Pusat Urutan Kaki Professional dimana terdapat urutan kaki yang ditawarkan secara percuma di Herbal Medicine Center. Selepas makan tengahari, anda akan dibawa ke Masjid Nan Dou Ya untuk menunaikan solat. Waktu malam anda akan diserikan dengan menghadiri Majlis Teh di Tea House. Kemudian akan dibawa makan malam seterusnya membeli belah di Hong Qiao Market.
Hari Kelima Beijing – KL (B/L/D)
Anda akan dibawa untuk mengambil gambar di Stadium Sarang Burung yang berprestij dan Water Cube. Seterusnya, anda akan dibawa membeli-belah berdekatan dengan Olympic Sponsor Jewelry City. Baki masa anda akan dihabiskan dengan membeli belah di bazar seperti Xiu Shui Market dan Ya Xiu Market di mana skil tawar menawar anda akan diuji di sini. Setelah penat membeli belah, anda akan dibawa menikmati hidangan malam anda yang terakhir. Kemudian, pemandu pelancong kami akan membawa anda ke Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing.
Hari Keenam Beijing – KL
Penerbangan pulang ke Malaysia pada jam 02:30 (pagi).
*Aturcara perjalanan anda mungkin akan berubah tertakluk kepada pemandu pelancong untuk memberi kadar keselesaan yang maksimum kepada peserta program tetapi tempat yang akan dilawati tidak akan berubah.
Nota:
1. Kanak-kanak 11 tahun dan ke bawah dengan katil extra: 100% & tanpa katil extra: 75%
2. Program di atas adalah tidak sah digunakan untuk kumpulan staf syarikat penerbangan, pelajar dan bukan Muslim.
Program ini termasuk:
-
Penginapan hotel bertaraf 4 bintang, Long Ding Hua Hotel (www.longdinghuahotel.com) atau hotel lain yang setaraf.
-
Makan dan minum seperti yang tertera dalam jadual perjalanan.
-
Kemudahan pengangkutan sepanjang percutian.
-
Pemandu pelancong berpengalaman. Pilihan bahasa Melayu Indonesia.
-
Satu botol minuman setiap hari untuk setiap peserta.
Program ini tidak termasuk:
-
Tiket penerbangan.
-
Visa (pilihan sama ada anda uruskan sendiri atau kami uruskan untuk anda)
-
Upah pemandu pelancong dan pemandu kenderaan.
-
Tiket masuk ke tempat lawatan dan persembahan.
-
Kos sara diri seperti perbelanjaan, minuman, cenderahati, panggilan antarabangsa, dobi dan sebagainya.
-
Pilihan tempat lawatan lain selain daripada dalam jadual perjalanan tertera di atas.